Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
seksyen 7 (yang memberi kuasa kepada Kerajaan untuk memberikan jaminan dan aku janji yang berkenaan dengan peminjaman oleh pihak berkuasa berkanun
6 Undang-Undang Malaysia Akta 412
daripada Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan
Pembangunan); dan
(b)
setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan jaminan dan aku janji oleh Kerajaan, seksyen 11 dan 12 (yang mengandungi peruntukan tambahan bagi pelaksanaan, antara perkara lain, mana-mana jaminan atau aku janji itu), kecuali bagi perkataan “1950” dalam subseksyen 12(5), hendaklah digantikan dengan perkataan “1960”, hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa peminjaman daripada
Bank itu oleh syarikat bernama Syarikat Permodalan Kemajuan
Perusahaan Malaysia Berhad seolah-olah syarikat itu ialah suatu pihak berkuasa berkanun mengikut pengertian Akta itu, dan peminjaman itu telah dibuat di bawah subseksyen 5(1) Akta itu.
(2)
Jika apa-apa jumlah wang dibayar daripada Kumpulan Wang
Disatukan berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh Kerajaan menurut kuasa subseksyen (1), Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas berakhirnya setiap tahun kewangan yang bermula pada tahun jumlah wang itu dibayar dan yang berakhir pada tahun semua liabiliti berkenaan dengannya dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya dijelaskan dengan muktamad oleh syarikat itu, membentangkan dalam Dewan Rakyat suatu penyata yang berhubungan dengannya.
(3)
Perenggan 12(2)(a) dan (b) itu (yang memperuntukkan pengecualian daripada pencukaian dan kawalan pertukaran) hendaklah juga terpakai berhubung dengan apa-apa perjanjian yang dibuat, sama ada sebelum atau selepas Akta ini diluluskan, dengan Bank itu oleh syarikat itu, dengan kelulusan Kerajaan, berkenaan dengan apa-apa peminjaman oleh syarikat itu daripada Bank, dan bagi apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan oleh syarikat itu menurut mana-mana perjanjian itu, sebagaimana ia terpakai bagi perjanjian dan surat cara yang disebut dalamnya itu.
Ratifikasi Perjanjian Jaminan