Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TAK WAJAR) 1963

Seksyen 3

(a)

mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion;

(b)

mengguna bagi maksud, atau memperagakan sebagai suatu iklan bagi, apa-apa perniagaan, perdagangan, pekerjaan atau profesion, atau menjual, apa-apa fotograf, lukisan atau rupaan lain gambar Yang di-Pertuan Agong atau Raja Permaisuri Agong;

(c)

mengguna atau terus mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata, atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, dalam tajuk apa-apa paten, atau dalam apa-apa cap dagangan atau reka bentuk; atau

(d)

membuat bagi maksud jualan atau menjual atau ada dalam miliknya untuk dijual, apa-apa lambang ternyata.

(2)

Perenggan (1)(b) yang berhubungan dengan penggunaan apa-apa fotograf, lukisan atau rupaan lain gambar yang tersebut dahulu tidaklah terpakai bagi penyiaran berita (sama ada dalam akhbar atau melalui apa-apa media lain) atau bagi penyiaran apa-apa makalah dalam akhbar.

(3)

Apa-apa kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1)

boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang difikirkannya patut.

Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan

Tidak Wajar)

7

Larangan mendaftar syarikat tertentu dll.