Malaysia legislation

Section 2

of AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Kumpulan Wang Disatukan” ertinya Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan;

“Akaun Amanah Disatukan” ertinya Akaun Amanah Disatukan

Persekutuan yang disenggarakan menurut perenggan 7(c)

Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 370

“Akaun Hasil Disatukan” ertinya Akaun Hasil Disatukan

Persekutuan yang disenggarakan menurut perenggan 7(a)

Akta Tatacara Kewangan 1957;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.