Malaysia legislation

Section 6

of AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965

Seksyen 6

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang, bagi maksud apa-apa pembayaran wang ke dalam

Akaun Hasil Disatukan di bawah subseksyen 5(1), pegawai mahkamah yang berkenaan yang disebut terdahulu adalah dengan ini diberikan kuasa selepas habis tempoh lima belas tahun itu untuk menjual atau selainnya menukarkan kepada wang apa-apa sekuriti yang disebut dalam subseksyen (2) seksyen tersebut dan untuk memudahkan pembayaran itu ke dalam Akaun Hasil Disatukan, seorang Hakim Mahkamah Tinggi, atas permohonan oleh atau bagi pihak pegawai itu, boleh membuat suatu perintah yang meletakhakkan pada pegawai itu harta atau kepentingan mengenai mana-mana sekuriti itu atau dalam mana-mana wang mengenai mana-mana bank yang disebut dalam subseksyen (2) seksyen itu.

Peruntukan bagi tuntutan, dsb., yang dibuat selepas pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan