Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(2)
Fungsi Jabatan ini adalah untuk mengumpulkan dan mentafsirkan perangkaan bagi maksud memperlengkapi maklumat yang dikehendaki dalam membentuk atau menjalankan dasar Kerajaan dalam apa-apa bidang atau selainnya yang dikehendaki bagi maksud Kerajaan atau bagi memenuhi keperluan perdagangan, komers, perindustrian atau pertanian (termasuk perhutanan, perikanan dan perburuan).
(3)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini,
Jabatan hendaklah jika ia fikirkannya bagi kepentingan awam mempunyai kuasa untuk menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh mereka atau
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 415
pentafsiran perangkaan yang dikumpulkan sedemikian oleh mereka bukan sahaja kepada jabatan Kerajaan atau orang yang untuknya maklumat itu telah dikumpulkan tetapi juga kepada pihak berkuasa atau orang lain yang untuknya maklumat atau pentafsiran itu mungkin berguna.
Kawalan dan pengurusan Jabatan