Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat kaedah-kaedah—
(a)
bagi mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada obligasi untuk memberikan maklumat di bawah Akta ini, sama ada seluruhnya atau setakat mana yang boleh ditetapkan dan sama ada tidak bersyarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh ditetapkan; dan
(b)
bagi menetapkan fi yang boleh dikenakan bagi menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh Jabatan atau tafsiran oleh
Jabatan perangkaan yang dikumpulkan sedemikian dan cara bagaimana fi itu boleh dikutip dan bagi mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran fi itu.
Pemansuhan