Malaysia legislation
Section 5
of AKTA KUMPULAN WANG JUBLI PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI 1965 (DISEMAK - 2019)
Seksyen 5
Pemeteraian dokumen
Semua surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang dikehendaki oleh undang-undang untuk dimeterai hendaklah dimeterai dengan meterai Perbadanan di hadapan Pengerusi dan seorang Pemegang
Amanah yang lain, dan hendaklah juga ditandatangani oleh setiap daripada mereka; dan penandatanganan itu hendaklah diambil sebagai keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen dan surat cara lain itu.