Malaysia legislation
Section
Section 10B
Jika seseorang pegawai kanan imigresen, seseorang pegawai kanan polis atau seseorang pegawai kanan kastam dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 10A mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan mendapatkan waran geledah di bawah seksyen itu maka penyiasatan itu akan terjejas atau barang, peralatan, mesin atau benda lain yang dicari itu mungkin dialihkan atau keterangan yang dicari mungkin diganggu, dia boleh menjalankan di dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen 10A secara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat sedemikian melalui waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.