Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Kuasa Menteri untuk membuat perkiraan kredit lanjutan
(a)
mengeluarkan bon, nota janji hutang atau surat cara lain atas terma dan syarat mengenai pembayaran balik, penebusan atau perkara lain (termasuk peruntukan untuk kumpulan wang penjelas) sebagaimana yang ditentukan oleh atau dengan kuasa Menteri; dan
(b)
dari semasa ke semasa membayar dengan cara ansuran harga barang yang diterima atau nilai perkhidmatan yang diberi dan bunga yang boleh dikenakan ke atasnya mengikut perkiraan kredit lanjutan itu.
(2)
Bagi maksud seksyen 2
*Ordinan Kumpulan Wang
Pembangunan 1958 [Ord. 18 tahun 1958], harga barang yang diterima atau nilai perkhidmatan yang diberi di bawah mana-mana perkiraan kredit lanjutan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah dikira sebagai wang.
(3)
Harga barang yang diterima dan nilai perkhidmatan yang diberi di bawah terma perkiraan kredit lanjutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah boleh pada agregatnya melebihi jumlah wang yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan perintah sedemikian hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penyiarannya dibentangkan oleh Menteri di hadapan Dewan Rakyat.
*CATATAN–Ordinan Kumpulan Wang Pembangunan 1958 [Ord. 18 tahun 1958] telah dimansuhkan oleh Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406]-lihat seksyen 10 Akta 406.
Kredit Lanjutan 7
(3A)
Mana-mana perjanjian yang dimasuki berkenaan dengan perjanjian lanjutan kredit di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat di bawah nama Persekutuan dan boleh ditandatangani bagi pihak Persekutuan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa padanya secara bertulis oleh
Menteri.
(4)
Apa-apa perjanjian yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perkiraan kredit lanjutan di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Malaysia oleh Menteri atau mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian secara bertulis oleh Menteri.
Pelaksanaan obligasi di bawah mana-mana perkiraan kredit lanjutan