Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA KREDIT LANJUTAN 1966

Seksyen 4

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

memperuntukkan bahawa apa-apa cukai atau duti yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan cukai pendapatan atau duti setem masing-masingnya hendaklah diremitkan jika remitan itu perlu untuk memberi kesan penuh dan sempurna kepada mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang, surat cara atau gerenti itu; dan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 405

(b)

memberi pengecualian daripada kawalan pertukaran sebagaimana dia fikirkan perlu terhadap mana-mana transaksi yang dikehendaki untuk memberi kesan kepada pembayaran mana-mana jumlah wang mengikut terma-terma mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang, surat cara atau garenti itu walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kawalan pertukaran.

9

Akta 405

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A185

Akta Kredit Lanjutan

(Pindaan) 1973

30-03-1973

Akta A477

Akta Pinjaman

(Tempatan) Luar

Negeri dan Kredit

Lanjutan (Pindaan) 1980

01-02-1980

10

Akta 405

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta A185 30-03-1973

Akta A477 01-02-1980