Malaysia legislation

Section 11

of AKTA BIDAN 1966

Seksyen 11

(a)

mana-mana jururawat yang telah dilatih dalam

Negeri-Negeri Tanah Melayu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang—

(i)

memiliki suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan bidan, yang menyatakan bahawa jururawat itu layak di bawah undang-undang tersebut untuk menjalankan amalan perbidanan dan terus berkelayakan sedemikian sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; atau

(ii)

memiliki pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini suatu diploma yang memperakui bahawa jururawat itu telah menjalani suatu kursus latihan dan telah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Kementerian

Kesihatan; atau

(iii)

adalah layak untuk menjalankan amalan perbidanan oleh sebab jururawat itu berhak kepada perakuan atau diploma yang disebut terdahulu;

(b)

mana-mana jururawat atau orang yang telah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 436

peperiksaan yang melayakkan mana-mana calon peperiksaan yang berjaya untuk didaftarkan di bawah