Malaysia legislation
Section 13A
Seksyen 13A
Bidang kuasa tatatertib Lembaga
(2)
Lembaga boleh menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas mana-mana orang berdaftar yang—
(a)
telah disabitkan atas suatu kesalahan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain;
(b)
adalah, pada pendapat Lembaga, bersalah bagi kelakuan tidak wajar atau kecuaian melampau;
(c)
telah mendapatkan pendaftaran secara fraud atau salah nyataan;
(d)
tidak berhak untuk didaftarkan pada masa dia didaftarkan;
atau
(e)
ialah atau telah diperakui sebagai seorang penagih dadah oleh seorang pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].
Hukuman tatatertib