Malaysia legislation

Section 15

of AKTA BIDAN 1966

Seksyen 15

Jika mana-mana orang tanpa kuasa yang sah atau alasan

(buktinya adalah terletak ke atasnya) melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti lain diperuntukkan, atau melakukan atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa yang di bawah peruntukan itu dia tidak patut melakukannya atau meninggalkan daripada melakukannya, dia boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.