Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini—
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 436
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen 19A(1);
“jururawat masyarakat” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan yang memperakui bahawa orang itu telah menjalani suatu kursus latihan bagi jururawat masyarakat dan telah lulus peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“kecemasan” ertinya suatu peristiwa di luar jangkaan yang berlaku dengan tiba-tiba dalam masa kehamilan, kelahiran anak, dan puerperium yang memerlukan intervensi segera untuk menyelamatkan nyawa ibu atau anak;
“bidan” ertinya seseorang yang untuk fi, gaji atau ganjaran atau pampasan lain, melaksanakan perkhidmatan yang memerlukan suatu pemahaman mengenai prinsip dan pemakaian tatacara dan teknik bagi penjagaan perempuan yang mengandung normal dari mula kehamilan hingga akhir puerperium dan penjagaan bayi normal mereka dalam masa neonatal tetapi tidak termasuk pelajar di sekolah atau institusi latihan perbidanan yang melaksanakan perkhidmatan perbidanan di bawah penyeliaan jurulatih mereka;
“jururawat” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai jururawat mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran jururawat untuk pesakit;
“Daftar”
ertinya
Daftar
Bidan yang disenggarakan oleh
Pendaftar Bidan mengikut Akta ini;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
“jururawat kesihatan luar bandar” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan yang memperakui bahawa orang itu telah menjalani suatu kursus latihan bagi jururawat kesihatan luar bandar dan telah lulus peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga;
Bidan 9
“jururawat luar bandar” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan yang memperakui bahawa orang itu telah menjalani suatu kursus latihan bagi jururawat luar bandar dan telah lulus peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga.