Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(i)
Ketua Pengarah, yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(ii)
Ketua Penyelia Jururawat, Kementerian Kesihatan, yang hendaklah menjadi Setiausaha;
(iii)
Penolong Ketua Penyelia Jururawat (Kesihatan);
(iv)
Penolong Ketua Penyelia Jururawat (Latihan);
(v)
empat orang pengajar perbidanan yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang mewakili yang berikut:
(a)
pengajar bagi latihan jururawat bidan pelatih;
(b)
pengajar bagi latihan bidan pelatih;
(c)
pengajar bagi latihan jururawat luar bandar; dan
(d)
pengajar bagi latihan sama ada jururawat masyarakat atau jururawat kesihatan luar bandar;
(vi)
tiga orang jururawat yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang mewakili yang berikut:
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 436
(a)
Penyelia Jururawat Negeri;
(b)
Penyelia Jururawat Kesihatan; dan
(c)
hospital atau unit bersalin;
(vii)
dua orang bidan yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang mewakili yang berikut:
(a)
bidan yang didaftarkan di bawah Bahagian II
Daftar; dan
(b)
bidan yang didaftarkan di bawah Bahagian III
Daftar;
(viii)
dua orang pengamal perubatan dalam perkhidmatan awam yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang mewakili yang berikut:
(a)
Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Negeri; dan
(b)
Pakar Obstetrik; dan
(ix)
dua orang pengamal perubatan berdaftar yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang mewakili yang berikut:
(a)
Majlis Perubatan Malaysia; dan
(b)
Persatuan Perubatan Malaysia.
(2)
Seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tiga tahun, dan layak untuk dilantik semula.
(3)
Jika jawatan mana-mana anggota Lembaga menjadi kosong, suatu pelantikan berkenaan dengan jawatan itu bagi tempoh yang belum tamat hendaklah dibuat mengikut cara yang sama sebagaimana pelantikan jawatan itu telah dibuat pada asalnya.
Bidan 11
Kuorum dan pengundian