Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
meluluskan institusi sebagai Sekolah Latihan untuk mengadakan latihan bagi maksud apa-apa peperiksaan yang melayakkan pendaftaran di bawah Akta ini;
(b)
mengawal selia kursus latihan, pengelolaan peperiksaan, pengeluaran diploma, perakuan, lencana dan jenis pakaian seragam;
(c)
menentukan kelayakan pensyarah dan guru;
(d)
mengawal selia amalan perbidanan dan tatalaku bidan;
(e)
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan penyiasatan dan siasatan mengenai aduan yang berhubungan dengan kelakuan bidan;
(f)
menetapkan apa-apa fi yang kena dibayar; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 436
(g)
menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah
Akta ini.
(2)
Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan yang terdahulu tentang kuasa Lembaga, Lembaga boleh mengarahkan supaya dikeluarkan daripada Daftar nama mana-mana orang yang—
(a)
mati; atau
(b)
tidak sempurna akal atau oleh sebab sesuatu kelemahan lain, pada pendapat Lembaga, bukanlah seorang orang yang layak untuk terus berada dalam Daftar; atau
(c)
tidak memberikan alamat yang dia boleh ditemui kepada
Lembaga.
(3)
Lembaga hendaklah, selepas mengeluarkan nama mana-mana orang daripada Daftar di bawah Bahagian ini menyiarkan suatu pemberitahuan yang bermaksud sedemikian dalam Warta dan hendaklah membatalkan pendaftaran orang itu di bawah Akta ini; dan orang itu hendaklah, apabila dikehendaki berbuat demikian, menyerahkan kepada Pendaftar perakuan pendaftarannya.
(4)
Bagi maksud perenggan (2)(c), adalah sah bagi Lembaga untuk mengarahkan pengeluaran daripada Daftar nama mana-mana orang dalam Daftar yang gagal untuk memberikan kepada Lembaga alamat baharunya atau untuk menjawab kepada Lembaga dalam masa tiga bulan dari tarikh pengiriman suatu surat berdaftar daripada
Lembaga yang dialamatkan kepada orang itu ke alamatnya yang akhir diketahui mengenai siasatan itu.
Rayuan terhadap pengeluaran nama daripada Daftar