Malaysia legislation
Section 100
Seksyen 100
Apabila dikehendaki oleh pegawai kastam yang hak pengimport atau pengeksport apa-apa barang-barang atau ejennya hendaklah menunjukkan kepada pegawai itu semua invois, bil muatan, perakuan tentang tempat asal atau tentang analisis dan apa-apa dokumen lain, yang dikehendaki oleh pegawai itu untuk memeriksa ketepatan apa-apa akuan yang dibuat oleh pengimport atau pengeksport itu kepada manamana pegawai kastam dan pegawai itu boleh menyimpan mana-mana invois, bil muatan, perakuan tentang tempat asal atau analisa atau dokumen-dokumen lain itu.