Malaysia legislation
Section 102
Seksyen 102
Tiap-tiap notis atau dokumen, yang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, untuk disampaikan kepada manamana orang boleh disampaikan dengan sendiri kepada orang itu atau boleh disampaikan dengan menghantar notis atau dokumen itu kepadanya melalui pos berdaftar di tempat tinggalnya yang biasa atau yang terakhir diketahui, dan dalam hal yang terkemudian hendaklah, kecuali bagi notis yang disebut dalam seksyen 74 (4), disifatkan sebagai telah disampaikan kepadanya pada masa ia dihantarserah kepadanya mengikut perjalanan biasa pos.