Malaysia legislation

Section 103

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 103

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, tiap-tiap penumpang atau orang lain yang tiba di Malaysia atau meninggalkan Malaysia hendaklah mengakui semua barang-barang berduti atau barang-barang larangan dalam milikannya, sama ada pada tubuh badannya atau dalam mana-mana bagasi atau dalam mana-mana kenderaan, kepada pegawai kastam yang hak, dan jika dia gagal berbuat demikian barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang-barang tak berkastam.

(2)

Bagasi penumpang boleh diperiksa dan diserah mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, dan adalah menjadi tugas orang yang menjaga bagasi itu untuk mengemuka, membuka, membuka bungkusan dan membungkus semula bagasi itu: