Malaysia legislation
Section 106
Seksyen 106
(2)
Jika apa-apa duti kastam dikenselkan atau dikurangkan dan apa-apa barang-barang yang terlibat dengan duti itu diserah selepas hari di mana duti itu dikenselkan atau pengurangan duti itu berkuatkuasa, menurut suatu kontrak yang dibuat sebelum hari tersebut, pembeli barang-barang itu, dengan ketiadaan perjanjian sebaliknya, boleh jika penjual barang-barang itu telah mendapat faedah berkenaan barang-barang itu daripada pengkenselan atau pengurangan duti itu, memotong daripada harga kontrak suatu jumlah wang yang bersamaan dengan amaun duti atau pengurangan duti itu mengikut mana-mana yang berkenaan.