Malaysia legislation

Section 107

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 107

(a)

untuk memasuki rumah kediaman, kedai atau bangunan atau tempat lain itu dan di situ menggeledah dan menyita apa-apa barang-barang yang disyaki dengan munasabah sebagai barang-barang larangan atau barang-barang tak berkastam, atau barang-barang yang kena dilucuthak di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau yang terhadapnya apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan sedemikian disyaki telah dilakukan, dan apa-apa buku atau dokumen yang dengan munasabah dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(b)

untuk menangkap mana-mana orang atau orang-orang yang berada dalam rumah kediaman, kedai, bangunan atau tempat itu, yang dalam milikannya barang-barang seperti yang disebut terdahulu dijumpai, atau yang disyaki dengan munasabah oleh pegawai itu sebagai telah menyembunyi atau mendepositkan barang-barang itu.

(2)

Pegawai itu boleh jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam rumah kediaman, kedai, atau bangunan atau tempat lain itu, dan masuk ke dalamnya;

(b)

masuk ke tempat itu dan tiap-tiap bahagian darinya dengan kekerasan;

(c)

membuang dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan itu yang dia diberi kuasa untuk melakukannya;

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai berada dalam tempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.