Malaysia legislation

Section 109

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 109

(a)

menaiki mana-mana vesel atau pesawat udara dalam mana-mana pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam atau tempat atau dalam perairan wilayah;

(b)

menghendaki nakhoda vesel itu atau pilot pesawat udara itu memberi apa-apa maklumat berhubungan dengan vesel atau pesawat udara, kargo, storan, kru, penumpang atau pelayaran sebagaimana yang disifatkannya perlu;

(c)

menyelongkar dan menggeledah semua bahagian vesel atau pesawat udara itu bagi mendapatkan barang-barang larangan atau barang-barang tak berkastam;

(d)

memeriksa semua barang-barang di atas vesel atau pesawat udara dan semua barang-barang yang dimuat atau dipunggah pada masa itu;

(e)

meminta semua dokumen yang sepatutnya berada di atas vesel atau pesawat udara itu; dan

(f)

menghendaki semua atau apa-apa dokumen itu dibawa kepadanya bagi pemeriksaan, dan nakhoda mana-mana vesel dan pilot mana-mana pesawat udara yang enggan membenarkan pegawai itu menaiki atau menggeledah vesel atau pesawat udara itu, atau enggan memberi apa-apa maklumat atau menunjukkan apa-apa dokumen apabila diminta adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(2)

Jika mana-mana tempat, kotak atau peti di atas vesel atau pesawat udara itu dikunci dan kunci tidak diberi, pegawai itu boleh memecah buka mana-mana tempat, kotak atau peti itu.

(3)

Jika apa-apa barang-barang dijumpai tersembunyi atas mana-mana vesel atau pesawat udara, ia hendaklah disifatkan sebagai barang-barang tak berkastam.