Malaysia legislation

Section 111

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 111

(2)

Mana-mana pegawai kastam boleh menahan dan memeriksa mana-mana kenderaan bagi maksud untuk menentukan sama ada apa-apa barang-barang tak berkastam atau barang-barang larangan ada terkandung di dalamnya, dan orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai itu, menghentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai itu memeriksanya.

(3)

Orang yang mengawal atau menjaga mana-mana kenderaan yang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah apabila diminta oleh pegawai kastam yang hak membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa oleh pegawai-pegawai itu dan mengambil semua langkah perlu untuk membolehkan pemeriksaan itu dibuat sebagaimana yang dianggap perlu oleh pegawai itu.

Section 111 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my