Malaysia legislation

Section 111A

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 111A

(2)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa-apa isyarat munasabah daripada seorang pegawai yang hak yang menghendaki orang atau kenderaan itu untuk berhenti sebelum tiba di sesuatu sekatan sedemikian, atau cuba untuk melintas atau melanggar sesuatu sekatan sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut, dan mana-mana pegawai yang hak boleh, tanpa waran, menangkap orang itu melainkan jika dia memberi nama dan alamatnya dan selainnya memuaskan hati pegawai yang hak itu bahawa dia akan menjawab dengan sempurna apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

(3)

Tiada seorang pun pegawai yang hak boleh dipertanggungkan kerana apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan yang berlaku terhadap mana-mana orang atau harta akibat daripada langkah yang diambilnya yang disebutkan dalam subseksyen (1).

Section 111A — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my