Malaysia legislation

Section 113

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 113

Mana-mana orang yang mendarat, atau hampir akan mendarat, atau setelah baru sahaja mendarat, dari mana-mana vesel atau pesawat udara, atau meninggalkan mana-mana vesel atau pesawat udara dalam perairan wilayah, sama ada bagi maksud mendarat atau selainnya, atau memasuki atau setelah baru sahaja memasuki Malaysia melalui jalan atau keretapi hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana pegawai kastam yang hak sama ada membenarkan dirinya, barang-barang dan bagasinya diperiksa oleh pegawai itu, atau bersama-sama

KASTAM barang-barang dan bagasi itu pergi bersama-sama pegawai itu ke suatu pejabat kastam atau balai polis dan di sana membenarkan dirinya, barang-barang dan bagasinya diperiksa oleh seorang pegawai kastam:

(a)

mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa di hadapan seorang pegawai kanan kastam tidak boleh diperiksa kecuali di hadapan dan di bawah penyeliaan pegawai itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai itu, atau dibawa ke manamana pejabat kastam atau balai polis di mana pegawai itu berada;

(b)

barang-barang dan bagasi mana-mana orang yang meminta untuk hadir apabila barang-barang dan bagasinya diperiksa dan menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya;

(c)

tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.