Malaysia legislation
Section 119
Seksyen 119
Jika dalam mana-mana pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang-barang yang disita kerana tidak membayar duti atau kerana apa-apa sebab perlucuthakan yang lain atau kerana mendapatkan apa-apa penalti atau penalti-penalti di bawah Akta ini, mana-mana pertikaian yang berbangkit sama ada duti kastam telah dibayar berkenaan dengan barang-barang itu, atau sama ada barang-barang itu telah diimport atau dieksport dengan sah atau didaratkan atau dimuatkan dengan sah, atau mengenai tempat dari mana barang-barang itu telah dibawa atau di mana barang-barang itu dimuat, atau sama ada apa-apa barang-barang dikecualikan daripada duti di bawah seksyen 14 maka dan dalam tiap-tiap hal sedemikian beban membukti kes itu terletak pada defendan dalam pendakwaan itu.