Malaysia legislation

Section 11

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 11

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, dibentangkan di Dewan Rakyat pada mesyuarat Dewan Rakyat yang akan datang dan hendaklah, pada akhir tempoh satu ratus dua puluh hari dari tarikh perintah itu dibentangkan atau suatu tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang diarahkan oleh Dewan Rakyat, melalui suatu ketetapan, terhenti daripada berkuatkuasa jika dan setakat mana ia tidak disahkan oleh suatu ketetapan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam masa satu ratus dua puluh hari tersebut atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan, dalam masa tempoh yang dilanjutkan itu.

(3)

Jika sesuatu perintah terhenti daripada berkuatkuasa keseluruhannya atau sebahagiannya sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (2), maka apa-apa duti kastam yang telah dilevi menurut perintah itu atau, mengikut mana-mana. yang berkenaan, sebahagian daripada perintah itu yang terhenti daripada berkuatkuasa hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (4), kena dibayar balik kepada orang yang daripadanya duti itu telah dilevi.

(4)

Melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya, tiada duti kastam yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (3) boleh dibayar balik, melainkan jika orang yang berhak ke atas pembayaran balik itu membuat suatu tuntutan terhadapnya kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari tarikh perintah itu terhenti daripada berkuatkuasa keseluruhannya atau sebahagiannya sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (2).

(5)

Tuntutan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah, melalui perintah am atau khas.

(6)

Tanpa menjejas apa-apa remedi lain, apa-apa duti kastam yang kena dibayar di bawah Akta ini boleh didapatkan kembali oleh Menteri sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia, atau jika duti kastam itu adalah suatu duti yang termasuk dalam suatu kategori yang diberi kepada Negeri oleh Perkara 112c Perlembagaan Persekutuan, kepada Kerajaan Negeri itu.