Malaysia legislation

Section 120

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 120

Apabila apa-apa barang-barang disyaki sebagai dilarang atau tak berkastam atau selainnya boleh dikenakan penyitaan telah disita, adalah mencukupi dengan membuka, memeriksa dan jika perlu menguji sepuluh peratus sahaja kandungan daripada tiap-tiap perihalan bungkusan atau bekas yang di dalamnya barang-barang itu terkandung dan mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang-barang yang terkandung di dalam bungkusan atau bekas yang tidak dibuka adalah daripada jenis, kuantiti dan kualiti yang sama seperti yang didapati dalam bungkusan atau bekas yang sama yang telah dibuka.