Malaysia legislation

Section 121

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 121

(2)

Mengikut cara yang sama suatu perakuan analisis yang berupa sebagai dibuat oleh seorang juruanalisis adalah, apabila perakuan itu dikemukakan oleh defendan, menjadi keterangan yang cukup tentang fakta yang dinyatakan di dalamnya, melainkan jika pendakwa menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai seorang saksi.

(3)

Satu salinan perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dihantar kepada defendan atau pendakwa tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum hari yang ditetapkan bagi perbicaraan saman itu, dan jika ia tidak dihantar sedemikian mahkamah boleh menangguhkan perbicaraan itu dengan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4)

Juruanalisis-juruanalisis adalah terikat oleh Akta ini untuk menyatakan yang benar dalam perakuan analisis yang dibuatnya.

(5)

Dalam seksyen ini, "juruanalisis" ertinya—

(a)

seseorang yang diambil bekerja sebagai Ahli Kimia di Jabatan Kimia atau sebagai Ahli Kimia atau Penolong Ahli Kimia di Institut Penyelidikan Perubatan;

(b)

Ahli Kimia Kanan, Jabatan Pertanian;

(c)

seseorang yang diambil bekerja sebagai ahli kimia atau ahli geologi dalam Jabatan Ukur Geologi; dan

(d)

mana-mana orang lain atau kumpulan orang yang diisytiharkan oleh Menteri yang ditugaskan dengan tanggungjawab bagi kimia, melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai seorang juruanalisis atau juruanalisis-juruanalisis bagi maksud seksyen ini.

(6)

Jika seorang juruanalisis dipanggil oleh defendan sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan defendan melainkan jika diarahkan selainnya oleh mahkamah.

(7)

Jika dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding yang dibuat di bawah Akta ini adalah perlu untuk menentukan kandungan alkohol apa-apa liquor, perakuan daripada seorang pegawai kanan kastam tentang kandungan alkohol tersebut hendaklah disetujuterima seolah-olah pegawai itu seorang juruanalisis dan dalam apa-apa hal sedemikian subseksyen (1), (4) dan (6) adalah terpakai mengikut cara yang sama pada takat yang sama seolah-olah pegawai itu seorang juruanalisis.