Malaysia legislation
Section 123
Seksyen 123
Walau apa pun peruntukan Kanun Prosedur Jenayah tempoh penjara yang dikenakan oleh manamana mahkamah berkenaan dengan tidak bayar denda di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran terhadap suatu distres yang sempurna bagi membayar apa-apa denda sedemikian, adalah sesuatu tempoh daripada sesuatu perihal, yang pada pendapat mahkamah akan mencapai keadilan dalam kes itu tetapi tidak boleh dalam mana-mana kes melebihi tempoh maksimum yang ditetapkan oleh skala berikut:
Jika denda ituTempohitu bolehdilanjutkanhinggatidak melebihi lima puluh ringgitdua bulanmelebihi lima puluh ringgit tetapi tidakmelebihi satu ratus ringgitempat bulanmelebihi satu ratus ringgit tetapi tidakmelebihi dua ratus ringgitenam bulan dengan dua bulan tambahan bagi tiap-tiap satu ratus ringgit selepas dua ratus ringgit yang pertama denda itu sehingga sampai pada tempoh maksimum enam tahun.