Malaysia legislation
Section 125
Seksyen 125
(2)
Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau boleh diperiksa dalam manamana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apaapa catatan di mana seorang informer dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada diketahuinya informer itu, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan tersebut ditutup daripada penglihatan atau dihapuskan setakat mana yang perlu sahaja untuk melindungi informer itu daripada diketahui.
(3)
Jika dalam perbicaraan mana-mana kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya mahkamah selepas siasatan penuh atas kes itu mempercayai bahawa informer itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah adalah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya di antara pihak-pihak terhadap prosiding itu tanpa diketahui informer itu, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya ditunjukkan pengaduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya berkaitan informer itu.