Malaysia legislation

Section 127

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 127

(1A)

Amaun yang dicagar di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 115 atau amaun yang didapati daripada jualan di bawah perenggan (c) subseksyen (1) tersebut hendaklah dilucuthak oleh mahkamah jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa harta alih yang berkenaan dengannya amaun itu dicagarkan atau didapati daripada jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun mungkin disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Semua benda yang dilucuthak hendaklah diserahkan kepada pegawai kastam yang hak dan hendaklah dilupuskan menurut arahan Ketua Pengarah.

Section 127 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my