Malaysia legislation

Section 128

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 128

(a)

tuntutan tersebut terhadap barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu dibuat di bawah subseksyen (2);

(b)

permohonan bertulis dibuat bagi pemulangan barang-barang itu di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 115; atau

(c)

barang-barang itu dipulangkan di bawah perenggan (a) atau (b) yang tersebut.

(2)

Mana-mana orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bahawa barang-barang atau hasil jualan itu tidak boleh dikenakan perlucuthakan boleh memberi notis bertulis kepada seorang pegawai kanan kastam bahawa dia menuntut barang-barang atau hasil jualan itu.

(3)

Apabila tamat tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), atau jika suatu keputusan dibuat lebih awal bahawa tiada pendakwaan berhubungan dengan barang-barang itu, ketika membuat keputusan itu pegawai kanan kastam hendaklah, jika barang-barang tersebut atau hasil jualan daripada barang-barang tersebut tidak diambil dan sifatkan terlucuthak di bawah subseksyen itu, merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya barang-barang tersebut atau hasil jualan daripada barang-barang tersebut atau sekuriti yang diberikan di bawah perenggan (a) atau (b) atau (c) subseksyen (1) seksyen 115, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai kanan kastam tersebut, melalui pemakluman dalam borang yang ditetapkan, merujukkan perkara itu kepada Majistret Kelas Satu untuk diputuskannya.

(4)

Majistret Kelas Satu itu hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu, dan orang yang daripadanya barang-barang itu disita supaya hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, selepas penyampaian sewajarnya saman itu telah dibuktikan, Majistret Kelas Satu itu hendaklah menjalankan pemeriksaan mengenai perkara itu, dan apabila ada bukti bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah

KASTAM dilakukan dan barang-barang itu menjadi hal-perkara, atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan tersebut, hendaklah memerintahkan barang-barang atau hasil jualan barang-barang tersebut atau amaun yang dijamin di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 115 itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilucuthakkan, atau jika tiada bukti sedemikian, boleh memerintahkan supaya dilepaskan barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau apa-apa sekuriti yang diberikan di bawah perenggan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 115, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Dalam mana-mana prosiding di bawah subseksyen (4), seksyen 119 adalah terpakai bagi orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu dan bagi orang yang daripadanya barang-barang itu disita seolah-olah pemunya atau orang itu adalah defendan dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini.