Malaysia legislation
Section 131
Seksyen 131
(2)
Mengikut cara yang sama pegawai kastam yang hak, yang bukan seorang pegawai kanan kastam, boleh mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai boleh dikompaun oleh pegawai itu, dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang tidak melebihi satu ratus ringgit.
(3)
Apabila dibayar jumlah wang sedemikian orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan, jika berada dalam tahanan hendaklah dilepaskan, apa-apa harta yang disita hendaklah dilepaskan dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang atau harta itu, melainkan jika harta itu terdiri daripada barang-barang yang pengimportannya dilarang di mana dalam hal sedemikian barang-barang itu hendaklah dilucuthak:
Dengan syarat bahawa jika larangan itu bersyaratkan suatu lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan import barang-barang sedemikian, pegawai kanan kastam boleh melepaskan barang-barang tersebut jika lesen dikeluarkan kemudiannya oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.