Malaysia legislation
Section 133
Seksyen 133
(a)
membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa akuan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa perkara;
(b)
membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa akuan atau dokumen, yang dibuat bagi pertimbangan mana-mana pegawai kastam berkenaan apa-apa permohonan yang disampaikan kepadanya, yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa perkara;
(c)
melancung atau memalsu, atau mengguna, apa-apa dokumen yang dipelancung atau dipalsukan, yang adalah atau mungkin dikehendaki di bawah Akta ini atau apa-apa dokumen yang diguna dalam transaksi apa-apa urusan atau perkara berhubungan dengan kastam;
(d)
secara fraudan menukar apa-apa dokumen, atau melancung meterai, tandatangan, kependekan atau tanda lain kepunyaan, atau digunakan oleh, mana-mana pegawai kastam bagi penentusahan apa-apa dokumen atau bagi memperolehi apa-apa barang-barang atau apa-apa maksud lain dalam penjalanan urusan berhubungan dengan kastam;
(e)
yang dikehendaki oleh Akta ini untuk membuat suatu akuan barang-barang berduti yang diimport atau dieksport, gagal membuat akuan itu sebagaimana yang dikehendaki; atau
(f)
gagal atau enggan menunjukkan kepada seorang pegawai kastam yang hak apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya ditunjukkan di bawah seksyen 100, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
(2)
Apabila apa-apa akuan sedemikian sama ada secara lisan atau bertulis, atau apa-apa perakuan sedemikian atau dokumen lain sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a), (d) dan (c) subseksyen (1) telah dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul atau dilancung atau dipalsukan pada keseluruhan atau sebahagiannya, adalah bukan suatu pembelaan untuk menyatakan bahawa akuan, perakuan atau dokumen lain itu dibuat atau diguna dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraudan, atau bahawa orang yang menandatanganinya, tidak mengetahui, atau tidak memahami kandungan dokumen itu, atau jika apa-apa akuan dibuat atau direkod dalam Bahasa Kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris melalui terjemahan daripada mana-mana bahasa lain, bahawa akuan itu telah disalahterjemahkan atau tidak diterjemahkan sepenuhnya oleh mana-mana penterjemah yang disediakan oleh pembuat akuan itu.
105
(3)
Bagi maksud seksyen ini, "dipalsukan" berhubungan dengan sesuatu dokumen hendaklah disifatkan sebagai meliputi sesuatu dokumen yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa perkara material dan "memalsukan" mempunyai suatu erti yang sama.