Malaysia legislation
Section 135
Seksyen 135
(a)
yang terlibat dalam mengimport atau mengeksport apa-apa barang-barang tak berkastam atau apa-apa barang-barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan sama ada barang-barang tak berkastam atau barang-barang larangan itu dikapalkan, diturunkan dari kapal, dihantarserah atau tidak;
(b)
mengapalkan, menurunkan dari kapal, menghantarserah atau membantu atau terlibat dalam mengapalkan, menurunkan dari kapal atau menghantarserahkan apa-apa barangbarang tak berkastam atau apa-apa barangbarang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan;
(c)
dengan menyalahi undang-undang memindah atau mengeluarkan atau dengan apa-apa cara membantu atau terlibat dalam memindah atau mengeluarkan apa-apa barang-barang daripada kawalan kastam dengan menyalahi undang-undang;
(d)
dengan disedarinya melindungi, menyimpan, menyembunyi, atau mempunyai dalam milikannya, atau membenarkan, membiarkan, menyebabkan atau mendapatkan untuk dilindungi, disimpan atau disembunyi, apaapa barang-barang tak berkastam atau barang larangan;
(e)
yang dalam apa-apa cara dengan disedarinya terlibat dalam mengangkut, memindah, mendeposit atau berurusan dengan apa-apa barang berduti, tak berkastam atau larangan dengan niat memfraud Kerajaan terhadap apa-apa duti ke atasnya, atau mengelak daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau mengelak daripada apa-apa larangan yang terpakai bagi barang-barang itu;
(f)
selaku seorang penumpang atau orang lain, yang didapati mempunyai dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam milikannya, apa-apa barang-barang berduti atau larangan, selepas menafikan bahawa dia mempunyai apa-apa barang-barang berduti atau larangan dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam milikannya; atau
(g)
yang dalam apa-apa cara dengan disedarinya terlibat dalam apa-apa pengelakan fraudan atau cuba mengelak dengan fraudan apa-apa duti kastam, atau dalam pengelakan atau percubaan mengelakkan apa-apa larangan import atau eksport;
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan—
(i)
dalam hal barang-barang yang termasuk dalam suatu kelas barang-barang yang dinyatakan dalam satu perintah yang dibuat di bawah seksyen 11 (1), boleh bagi kesalahan pertama didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda amaun duti kastam atau sepuluh ribu ringgit, yang mana satu amaun yang lebih kecil, dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun duti kastam atau sepuluh ribu ringgit, yang mana satu amaun yang lebih besar, dan bagi suatu kesalahan kedua atau kali kemudiannya didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda duti kastam atau sepuluh ribu ringgit, yang mana satu amaun yang lebih kecil, dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda duti kastam atau dua puluh ribu ringgit, yang mana satu amaun yang lebih besar, atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebih empat tahun atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa jika amaun duti kastam itu tidak dapat ditentukan penalti boleh terjumlah kepada denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit;
(ii)
dalam hal barang-barang tak berkastam, barang-barang itu bukan yang berduti atau dilarang, boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda nilai barang-barang itu atau satu ribu ringgit yang mana satu amaun yang lebih besar:
Dengan syarat bahawa jika nilai itu tidak dapat ditentukan penalti boleh terjumlah kepada denda tidak melebihi satu ribu ringgit; dan
(iii)
dalam hal barang-barang larangan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barang-barang itu atau sepuluh ribu ringgit, yang mana satu amaun yang lebih kecil dan tidak lebih daripada sepuluh kali ganda nilai barang-barang itu atau sepuluh ribu ringgit yang nama satu amaun yang lebih besar:
Dengan syarat bahawa jika nilai barang-barang itu tidak boleh ditentukan penalti boleh terjumlah kepada denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(2)
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini atau seksyen 139, apa-apa barang-barang berduti, tak berkastam atau larangan hendaklah disifatkan sebagai barang-barang berduti, tak berkastam atau larangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan disedari oleh defendan melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh defendan itu.