Malaysia legislation

Section 136

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 136

Tiap-tiap orang yang—

(a)

menyerang atau menghalang mana-mana pegawai kastam atau pengkhidmat awam lain atau mana-mana orang yang bertindak bagi menolong atau membantunya atau diambil bekerja dengan sempurnanya bagi pencegahan penyeludupan, ketika menjalankan tugasnya atau ketika menyita dengan sempurnanya apa-apa barang-barang yang boleh disita di bawah Akta ini; atau

(b)

membebaskan atau cuba untuk membebaskan, atau menyebabkan untuk dibebaskan, apa-apa barang-barang yang telah disita dengan sempurnanya; atau

(c)

sebelum atau selepas apa-apa penyitaan menebuk, memecah atau selainnya memusnahkan apa-apa bungkusan atau barang-barang untuk menghalangnya daripada disita atau untuk menentukan bungkusan atau barang-barang itu tidak disita, bagi mana-mana kesalahan sedemikian boleh—

(i)

atas sabitan pertama, dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya; dan

(ii)

atas sabitan kedua atau kali kemudiannya dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi lapan belas bulan, dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Section 136 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my