Malaysia legislation

Section 137

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 137

(a)

membuat apa-apa penyitaan kolusif atau menyerah atau membuat apa-apa perjanjian untuk menyerah atau tidak menyita manamana vesel atau pesawat udara atau alat pengangkutan lain, atau apa-apa barang-barang yang boleh disita;

(b)

menerima, bersetuju untuk menerima, atau cuba mendapatkan, apa-apa rasuah, ganjaran, balasan atau upah kerana mengabaikan atau tidak menjalankan tugasnya; atau

(c)

berkomplot dengan, atau membiarkan mana-mana orang, mengimport atau mengeksport atau dalam apa-apa cara terlibat dalam pengimportan atau pengeksportan apa-apa barang-barang yang boleh dikenakan duti kastam atau apa-apa barang-barang yang dilarang supaya diimport atau dieksport bagi maksud menyita mana-mana vesel, pesawat udara atau kenderaan atau apa-apa barang-barang dan mendapatkan apa-apa upah kerana penyitaan itu atau selainnya, tiap-tiap pegawai itu yang melanggar sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-dua penjara dan denda, dan hendaklah ditahan daripada memegang jawatan dalam perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, dan tiap-tiap orang yang memberi atau menawar atau berjanji untuk memberi atau menyebabkan untuk diberi apa-apa rasuah, ganjaran, balasan atau upah kepada, atau membuat apa-apa perjanjian kolusif dengan, mana-mana pegawai sedemikian atau orang yang disebut terdahulu untuk mendorongnya dalam apa-apa cara supaya mengabaikan tugasnya atau melakukan, merahsiakan atau membiarkan apa-apa perbuatan di mana sesuatu pruntukan mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan import atau eksport mungkin dielak, adalah bersalah sebagai seorang pensubahat dan oleh itu boleh dihukum di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana pegawai kastam yang didapati mempunyai dalam milikannya ketika bertugas apa-apa wang berlanggaran dengan mana-mana peraturan jabatan yang dikeluarkan secara bertulis hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai menerimanya dengan melanggari subseksyen (1) (b).

(3)

Jika seorang pegawai kastam mempunyai syak yang munasabah bahawa pegawai kastam lain yang lebih rendah pangkat daripadanya mempunyai dalam milikannya apa-apa wang yang diterima berlanggaran dengan subseksyen (1) $ ( b ) $ dia boleh memeriksa pegawai lain itu.

Section 137 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my