Malaysia legislation

Section 140

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 140

(2)

Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman, penalti atau perlucuthakan bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau perlucuthakan yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana kerani, pengkhidmat atau ejen, atau kerani atau pengkhidmat bagi ejen itu dengan syarat bahawa perbuatan, ketinggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh kerani, atau pengkhidmat itu dalam perjalanan penggajiannya atau oleh ejen itu ketika bertindak bagi pihak orang itu atau oleh kerani atau pengkhidmat bagi ejen itu ketika bertindak dalam perjalanan penggajiannya dalam hal keadaan di mana jika perbuatan, ketinggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh ejen itu prinsipalnya akan bertanggungan di bawah seksyen ini.