Malaysia legislation
Section 141
Seksyen 141
Ketua Pengarah boleh memerintahkan supaya apa-apa upah sebagaimana yang disifatkannya patut dibayar kepada mana-mana pegawai atau orang lain kerana perkhidmatan yang diberi berhubungan dengan pengesanan kes-kes penyeludupan atau kesalahan di bawah Akta ini, atau berhubungan dengan apa-apa penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini.