Malaysia legislation
Section 142
Seksyen 142
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
(1)
untuk mengawalselia kuasa dan tugas yang akan dijalankan dan dilaksanakan oleh pegawai kastam;
(2)
untuk mengawalselia perjalanan semua perkara berhubungan dengan pemungutan duti kastam termasuk masa pembayarannya dan pengenaan surcaj kerana pembayaran lewat;
(3)
untuk menetapkan masa dan cara pembayaran duti kastam di Sarawak;
(4)
untuk menetapkan pelabuhan kastam dan tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang di dalam pelabuhan kastam itu bagi mendarat dan mengapalkan barang-barang yang diimport, dieksport atau diangkut melalui laut, dan untuk menentukan had pelabuhan
KASTAM dan tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang itu dan untuk menetapkan barang-barang yang boleh di darat atau dikapalkan di situ;
(5)
untuk menetapkan tempat import dan eksport melalui jalan dan keretapi dan jalan yang akan digunakan bagi import dan eksport barang-barang melalui jalan;
(6)
untuk menetapkan lapangan terbang kastam bagi import atau eksport barang-barang melalui udara;
(7)
untuk menetapkan stesen kastam di darat di mana duti kastam boleh dipungut;
(7A)
untuk menetapkan, bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini, tempat-tempat selain daripada yang disebut dalam perenggan (4), (5), (6) dan (7);
(8)
untuk menetapkan hari dan masa bila sesuatu pejabat kastam, stesen kastam atau gudang kastam atau gudang berlesen boleh dibuka untuk urusan dan masa bila apa-apa barang-barang boleh didaratkan, dikapalkan atau dimuatkan di mana-mana pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam atau diimport atau dieksport melalui jalan di manamana tempat import dan eksport;
(9)
untuk menetapkan kadar fee kerja lebih masa yang akan dibayar oleh nakhoda atau ejen vesel atau oleh pilot pesawat udara atau ejen pesawat udara atau oleh orang-orang yang menjaga kenderaan atau oleh pengimport atau pengeksport barang-barang atau ejen mereka berkenaan dengan perkhidmatan pegawai kastam yang diberi apabila diminta di luar waktu kerja biasa yang ditetapkan dan syaratsyarat di mana kerja lebih masa itu boleh dibenarkan;
(10)
untuk memperuntukkan bagi kawalan trafik oleh pegawai kastam vesel penyusur yang dijalankan dalam perairan wilayah;
(11)
untuk menetapkan bendera yang akan dikibarkan oleh vesel yang diguna-khidmatnya bagi pencegahan penyeludupan;
(12)
untuk menetapkan borang-borang yang akan digunakan di bawah Akta ini;
(13)
untuk mengawalselia pendepositan, penjagaan dan pengeluaran barang-barang dalam dan dari gudang kastam dan gudang berlesen dan pengurusan dan kawalan terhadapnya;
(14)
untuk mengawalselia pengeluaran lesen;
(15)
untuk menetapkan fee, jika ada, yang akan dibayar bagi permit dan lesen, selain daripada lesen gudang;
(16)
untuk menetapkan buku stok yang akan disimpan oleh pemegang lesen dan cara menyimpannya;
(17)
untuk menetapkan cara mengimport, mengeksport, mengangkut atau memindah apa-apa barang-barang di bawah sesuatu lesen atau permit;
(18)
untuk menetapkan cara bagaimana hendak menanda dan menombor bungkusan barang-barang yang diimport atau dieksport dan cara bagaimana invois hendak disediakan;
(19)
untuk mengawalselia cara bagaimana barangbarang yang dipindahkapalkan atau barangbarang dalam transit boleh digerakkan;
(20)
untuk menetapkan kawasan kastam dan untuk mengawalselia atau melarang, sama ada secara mutlak atau bersyarat, pergerakan barang-barang atau orang-orang dalam kawasan sedemikian bagi maksud Akta ini;
(21)
untuk menetapkan cara mendenaturasikan liquor yang memabukkan dalam gudang kastam atau gudang berlesen;
(22)
untuk mengawalselia penggaulan, pencampuran, pengubahan dan pembotolan liquor yang memabukkan dalam gudang kastam atau gudang berlesen;
(23)
untuk melarang pembayaran pulang balik ketika pengeksportan semula apa-apa barang-barang yang dinyatakan atau kelas barang-barang;
(24)
untuk menyatakan barang-barang yang boleh dikenakan duti atas pengimportan yang berkenaan dengannya pulang balik boleh dibenarkan ketika pengeksportan semula sebagai bahagian atau perawis bagi apa-apa barang-barang yang dikilang di Malaysia dan untuk menetapkan kadar pulang balik ke atasnya;
(25)
untuk menetapkan syarat-syarat yang di bawahnya apa-apa barang-barang boleh digerakkan dalam transit melalui Malaysia;
(26)
untuk menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan cara bagaimana, dan pegawai kastam yang melaluinya, kesalahan-kesalahan itu boleh dikompaun;
(27)
untuk mentafsirkan bagi maksud-maksud Akta ini apa-apa barang-barang;
(28)
untuk menetapkan penalti kerana pelanggaran atau kegagalan mematuhi mana-mana peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini atau sekatan syarat-syarat mana-mana lesen atau kebenaran yang diberi di bawah mana-mana peraturan sedemikian:
Dengan syarat bahawa tiada penalti boleh melebihi penalti yang ditetapkan di bawah seksyen 138;
(29)
untuk menetapkan permit dan dokumen-dokumen lain yang akan dibawa oleh pesawat tempatan atau tongkang yang mengangkut kargo daripada atau vesel di sesuatu pelabuhan kastam;
(30)
untuk menetapkan cara bagaimana barang-barang berduti atau barang-barang larangan boleh atau tidak boleh dibungkus, dan untuk mengawalselia atau melarang dimasukkan barang-barang berduti atau barang-barang larangan dalam bungkusan atau bekas yang sama dengan barang-barang tidak berduti;
(32)
untuk mengawalselia pembinaan, pemeriksaan, penyeliaan, pengurusan dan pengawalan premis yang dilesen di bawah seksyen 65A dan pemasangan alat, jentera dan radas yang disenggara di dalamnya;
(31)
untuk menetapkan piawai bekas yang di dalamnya barang-barang berduti boleh dieksport;
(33)
untuk mengawalselia waktu-waktu bila pengilangan boleh atau tidak boleh dilakukan dan bila mana barang-barang boleh dipindahkan dari premis yang dilesen di bawah Akta ini;
(34)
untuk menetapkan tempat kediaman yang hendak disediakan dengan percuma oleh manamana orang yang dilesen di bawah seksyen 65A bagi pegawai yang hak sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Ketua Pengarah bagi pengawalan premis berlesen itu;
(35)
untuk mengawalselia pengendalian semua perkara yang berhubungan dengan kedai bebas cukai;
(36)
secara amnya bagi melaksanakan peruntukan peruntukan Akta ini.