Malaysia legislation
Section 145
Seksyen 145
Jika apa-apa borang telah ditetapkan di bawah peruntukan perenggan (12) seksyen 142, tiada seorang pun bagi maksud Akta ini boleh menggunakan apa-apa borang yang tidak dicetak atau dikeluarkan dengan kebenaran Ketua Pengarah:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh, atas budi bicaranya dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang disifatkannya patut dikenakan, membenarkan mana-mana orang menggunakan borang-borang yang tidak dicetak atau dikeluarkan sedemikian.