Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Menteri boleh dalam apa-apa hal tertentu—
(a)
mengecualikan mana-mana orang daripada membayar keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam atau apa-apa fee atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar oleh orang itu ke atas apa-apa barang-barang; atau
(b)
mengarahkan dibayar balik kepada manamana orang keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam atau apa-apa fee atau caj lain yang ditetapkan yang telah dibayar oleh orang itu ke atas apa-apa barang-barang, dan dalam memberi pengecualian sedemikian atau mengarahkan pembayaran balik sedemikian, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(3)
Apa-apa barang-barang yang berkenaan dengannya suatu pengeualian daripada pembayaran duti kastam telah diberi di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah disifatkan sebagai barang-barang berduti sehingga syarat-syarat, jika ada, yang tertakluk kepadanya pengeualian daripada duti telah diberi dipenuhi dan hendaklah dikenakan semua caj lain, yang bukan duti kastam, yang barang-barang itu akan tertakluk jika pengeualian itu tidak diberi.