Malaysia legislation
Section 155
Seksyen 155
(a)
tiada duti import boleh kena dibayar ke atas apa-apa barang-barang yang diimport ke Labuan, selain daripada yang berikut—
(i)
liquor yang memabukkan, tembakau, cerut, rokok, mancis, hasilan petroleum; dan
(ii)
apa-apa barang-barang lain yang Menteri boleh dari semasa ke semasa mengisytiharkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
(b)
tiada duti eksport boleh kena dibayar atas apaapa barang yang dieksport dari Labuan;
(c)
duti import hendaklah dibayar atas semua barang-barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Labuan bagi segala maksud seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu adalah pengimportan ke dalam Malaysia;
(d)
duti eksport hendaklah dibayar atas semua barang-barang berduti yang diangkut dari kawasan utama kastam ke Labuan bagi segala maksud seolah-olah pengangkutan dari kawasan utama kastam itu adalah eksport dari Malaysia;
(e)
Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan "nilai" berhubungan dengan barang-barang yang diangkut dari Labuan ke kawasan utama kastam.
(2)
Subseksyen (2), (3), (4), (5) dan (6) seksyen 11 adalah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (a) (ii) subseksyen (1).
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Labuan apa-apa duti kastam lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 11 (1).