Malaysia legislation
Section 159
Seksyen 159
Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 142 Menteri boleh memperuntukkan—
(a)
mengenai pemungutan di Labuan duti kastam yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diangkut atau hampir hendak diangkut dari Labuan ke kawasan utama kastam atau ke Labuan dari kawasan utama kastam;
(b)
mengenai batasan atau sekatan vesel dan pesawat udara yang boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang itu; dan
(c)
mengenai pelesenan atau pengawalan orangorang atau vesel-vesel atau pesawat udara yang mengangkut barang-barang itu.