Malaysia legislation
Section 162
Seksyen 162
Walau apa pun apa-apa jua yang memperuntukkan sebaliknya yang terkandung dalam Akta ini, seksyen 44 dan 45 tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak kepada:
(a)
mana-mana vesel, yang Nakhodanya telah memuaskan hati pegawai kastam yang hak bahawa kemasukan vesel itu ke perairan Malaysia adalah disebabkan oleh hal keadaan di luar kawalannya, dan bahawa kemasukan vesel itu dan sebab kemasukannya dilaporkan kepada pihak berkuasa kastam atau pihak berkuasa polis yang berhampiran sekali sebaik sahaja dia mendapat peluang yang sesuai, dan bahawa selepas kemasukan itu tiada seorang pun di atas vesel itu atau yang berkaitan dengan vesel itu telah melakukan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan manamana undang-undang bertulis; atau
(b)
mana-mana pesawat tempatan jika orang yang menjaganya boleh menunjukkan dengan memuaskan hati seorang pegawai kastam yang hak bahawa dia telah datang dari suatu tempat bertolak yang tidak lazim memberi atau dibawa darinya pelepasan atau manifes.