Malaysia legislation

Section 163

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 163

Walau apa pun apa-apa jua yang memperuntukkan sebaliknya yang terkandung dalam Akta ini, semua duti kastam yang kena dibayar di Sarawak di bawah Akta ini hendaklah dibayar dalam sesuatu tempoh selepas tarikh pengimportan atau pengeksportan, atau pemuatan barang-barang bagi pemindahan kapal untuk eksport, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Menteri melalui peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau jika tiada apa-apa peraturan sedemikian, sebelum barang-barang itu dipindahkan dari kawalan kastam;

Dengan syarat bahawa duti kastam ke atas barangbarang yang distor dalam sesuatu gudang kastam berlesen atau gudang yang diluluskan menurut manamana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi maksud itu hendaklah dibayar pada masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturanperaturan itu.

BAHAGIAN XIXA