Malaysia legislation
Section 163B
Seksyen 163B
(a)
tiada apa-apa duti import boleh kena dibayar ke atas barang-barang yang diimport ke Langkawi, selain daripada yang berikut:
(i)
petroleum dan hasilan petroleum; dan
(ii)
apa-apa barang-barang yang Menteri boleh isytiharkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
(b)
tiada apa-apa duti eksport boleh kena dibayar ke atas apa-apa barang-barang yang dieksport daripada Langkawi, selain daripada apa-apa barang yang Menteri boleh isytiharkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
(c)
duti import hendaklah kena dibayar ke atas semua barang-barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Langkawi seolaholah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke Malaysia;
(d)
duti eksport hendaklah kena dibayar ke atas semua barang-barang berduti yang diangkut dari kawasan utama kastam ke Langkawi bagi semua maksud seolah-olah pengangkutan dari kawasan utama kastam itu ialah pengeksportan dari Malaysia; dan
(2)
Subseksyen (2), (3), (4), (5) dan (6) seksyen 11 hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (a) (ii) atau (b) subseksyen (1).
(e)
Menteri boleh melalui perintah, menetapkan erti perkataan "nilai" berhubungan dengan barang-barang yang diangkut dari Langkawi ke kawasan utama kastam.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Langkawi apa-apa duti kastam yang ditentukan oleh Menteri di bawah subseksyen (1) seksyen II.