Malaysia legislation
Section 163c
Seksyen 163c
Jika barang-barang diangkut—
(a)
dari Langkawi ke kawasan utama kastam; atau
(b)
dari kawasan utama kastam ke Langkawi, peruntukan-peruntukan Akta ini, selain daripada seksyen 81, 82, 83, 84, 85, 86 dan 87 Akta, hendaklah dengan apa-apa pengubahsuaian dan penyesuaian sebagaimana yang perlu, terpakai seolah-olah barangbarang itu diimport ke dalam, atau mengikut manamana yang berkenaan, dieksport dari, kawasan utama kastam dari atau ke sesuatu tempat di luar Malaysia, dan tanpa menjejaskan keluasan makna di atas, peruntukan-peruntukan Bahagian XII hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diangkut ke Langkawi dari kawasan utama kastam atau dari Langkawi ke kawasan utama kastam dan bagi orang dan kenderaan yang mengangkut barang-barang itu seolah-olah Langkawi ialah suatu tempat di luar Malaysia.