Malaysia legislation
Section 165
Seksyen 165
Adalah sah di sisi undang-undang bagi nakhoda atau orang-orang lain yang menjaga atau mengetuai sesuatu vesel pencegah Singapura, apabila menaikkan suatu bendera pencegah, untuk menjalankan dengan apa-apa bantuan yang difikirkannya perlu di dalam perairan wilayah atau ke atas mana-mana vesel atau pulau kecil di dalamnya, atau ke atas mana-mana tempat mendarat atau dermaga yang bersempadanan dengannya semua kuasa yang diberi oleh seksyen 109, 110, 114 dan 116 (1).